Sunday, January 10, 2010

_BAKAL DIUJI LAGI_

(timbunan buku yang perlu dikhatamkan)



“Mood Sakinah baik tak sekarang?’’ soalan itu singgah ke ruang khayalan...memecah keheningan pagi sewaktu saya sedang khusyuk menikmati sarapan. (Niat di hati nak makan “express” sikit pagi tu sebab dah terlewat ke kuliah :D)


“Erm...baik kot kak...macam dah dapat agak je nak kene buat apa ni..." saya menjawab sambil mengalih pinggan, bersedia menoleh ke arah ahli bait yang sangat-sangat saya hormati kerana kesungguhan dan ketinggian ilmunya.


Dia tersenyum...sambil bersiap memulakan “syarahan”nya pagi itu...


Hari ni tajuknya ‘kad kredit’ bagi madah “Qadhaya Mu’asarah.” Setakat yang saya tahu, madah ni antara madah killer bagi pelajar syariah (kira macam subjek Anatomy la untuk budak medic). madah ni membincangkan tentang isu-isu semasa dan permasalahan yang timbul...jadi sudah tentulah banyak pendapat-pendapat ulama’ dan hukum-hakam yang perlu dihafal dan dihadam. Tahun dua ni perbincangan mereka berkisar sekitar mu’amalah, antaranya kad kredit, sewa yang diakhiri dengan pemilikan dan sebagainya. Kagum sungguh dengan semangat mereka dalam usaha memastikan penguasaan yang menyeluruh sebelum imtihan yang bakal tiba, lebih-lebih lagi dalam usaha mempersiapkan diri untuk berdepan dengan komuniti Malaysia kelak.
Kiranya sempatlah saya berangan menjadi “pseudo”Azhari sekejap dengan mendengar muhadarah Qadhaya,...sebelum memulakan rutin harian sebagai pelajar perubatan. (cuma bezanya muhadarah ni dalam bahasa melayu...best2!! :-D)


Fatrah imtihan ni memang senang nak jumpa majlis-majlis ilmu. Ada je discussion kat ruang tamu, “study group” kat bilik-bilik dan teknik menjawab soalan hatta di dapur (sambil memasak!). So, bagi yang tak berkenaan macam saya ni dengar je la dan kalau ade soalan boleh la diajukan kepada pihak penceramah. (maka peninglah kepala penceramah tu sekejap sebab soalan semua lari tajuk). Jadi tak perlu pergi jauh-jauh, kat rumah sendiri pun boleh dapat ilmu yang tak dapat di kuliah (bagi pelajar perubatan). Di samping mendengar dan bertanya, dapat jugak kongsi apa-apa yang kita dapat di kuliah dengan sahabat-sahabat dan ahli bait yang lain...tu pun kalau ade yang nak dengar! Maka berlakulah perkongsian intelektual di situ...secara tidak langsung.


Itulah situasinya sekarang, rata-rata dilanda penyakit “acute” yang kerap menyerang pada bulan Januari dan Jun, iaitu...EXAMINITIS!!


Masing-masing sibuk membedah kitab tak kira tempat...tidak kurang yang sedang menghadam cerna. Inilah antara simptom-simptomnya, akibat ransangan sympathetic.
Jika anda sedang belajar di Mesir tetapi tidak dijangkiti, segeralah ke hospital yang berdekatan...kerana sungguh, anda dalam bahaya. ;-p


Penyakit ini banyak membawa kebaikan walaupun tetap ada keburukan. Penyakit ini membuatkan kan berada dalam keadaan sympathetic, yang akan menyebabkan pupillary dilation yang dipanggil mydriasis...jadi lebih banyak cahaya boleh masuk ke cornea untuk proses pembacaan yang optimum walaupun objek yang dibaca pada jarak yang jauh.(harap betulkan jika tersalah)
Jadi sudah tentulah ini akan memudahkan proses pembacaan, bukan? Sekarang yang tinggal hanyalah bertawakkal setelah kita berusaha membaca, memahami dan menghafal. Walau bagaimanapun, belajar semata-mata kerana imtihan bukanlah satu tabiat yang baik dan sesungguhnya imtihan adalah salah satu alasan paling tak logik untuk memaksa kita study, jika kita benar-benar tahu tujuan kita menuntut ilmu.



REALITI IMTIHAN_


Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak DIUJI?
( al-‘Ankabuut : 2 )

Menghadapi ujian-ujian dan peperiksaan di kuliah sudah cukup membuat kita benar-benar merasa tertekan, sedangkan ini baru di peringkat university, 1st degree je pulak tu, separuh kaki pun belum lagi menjengah ke alam reality entity Malaysia akhir zaman...yang semakin dilanda ketempangan iman dan akhlak. Jadi sewajarnya ujian-ujian dan imtihan di kuliah menjadi pusat latihan bagi membantu kita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sebanyak-banyaknya agar mampu menjadi produk keluaran Mesir yang akan mampu mengislah diri sendiri selain membawa arus perubahan dalam masyarakat.

Ujian dan peperiksaan adalah sebahagian kayu pengukur terhadap sejauh mana penguasaan kita terhadap apa-apa yang telah kita pelajari. Dalam reality kehidupan sendiri, kita akan ditimpakan cubaan untuk menentukan setinggi mana iman dan sabar kita dalam menghadapinya.

Ujian dan peperiksaan di kuliah hanyalah gambaran kepada realiti yang lebih besar yang menunggu kita di luar sana. Jadi jangan sempitkan pemikiran hanya untuk score dalam imtihan di kuliah tanpa benar-benar bersedia daripada sudut pengaplikasian atau praktikal.



IMTIHAN VS KEMATIAN_

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau dipercepatkan walaupun sesaat”
(al-A’raf : 34)

Teringat saya suatu ketika dahulu, semasa masih serumah dengan seorang senior yang sangat saya kagumi kerana kekuatan mental beliau. Saya singgah ke bilik beliau untuk mereleasekan tekanan akibat baca buku last minute. Takutnya hanya Allah je yang tahu...(sila jangan tiru aksi ini di rumah :D) Saya mengadu kepada beliau tentang perasaan takut yang semakin membuak-buak menjelang tarikh imtihan.


Saya : Kak, takut la...macam nama nak buat ya?

Kak Najwa : Kenapa takut? Sebab rasa tak bersedia? Macam tu?

Saya : Ha ah...banyak lagi tak hafal...:((

Kak Najwa : (Terdiam...menyusun kata-kata mungkin)
Kinah, kan bagus kalau rasa takut yang Kinah rasa tu sama macam rasa takut nak hadapi mati...betul tak?

Saya : (:?) Mati? (loading...)

Kak Najwa : Kita tahu tak bila kita akan mati? Tak, kan? Tapi kita tetap kena sentiasa bersedia untuk mati bila-bila masa pun walaupun persediaan kita tu takkan pernah cukup nak masuk syurga melainkan dengan rahmat Allah je. Seseram-seram rasa nak exam tu...akak rasa seram lagi rasa nak mati...sebab kita tak tahu bila kita akan mati, no exact time, no informed date. Tapi Kinah tahu yang Kinah akan exam lusa kan...jadi bila dah tahu tu sepatutnya takde la takut sangat. Sempat lagi nak usaha...lepas dah usaha betul-betul kita tawakkal sama-sama.  Rasa takut tu perlu dan membantu. Cuma kena kawal sikit je. :) Yang penting betulkan niat belajar tu...jgn study sebab exam.


Saya hanya mampu tersenyum. Tapi kata-kata kak Najwa itu tepat masuk ke hati. Terngiang-ngiang sampai sekarang...


Belajarlah kerana Allah, bermunaqasyahlah kerana-Nya, dan hadirilah majlis-majlis ilmu dengan pengharapan kepada redha-Nya...kerana Dialah matlamat kita hidup di dunia ini.


Katakanlah (Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya ; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri.”
( al-An’am : 162-163 )



(Inspirasi terhebat!)


p/s : Bittaufiq wan najah :)

Sunday, December 20, 2009

Dewasalah dalam Rahmat dan Kasih Ilahi_


Mata yang mengantuk terus segar.

Terkejut.

“Mikhail selamat dilahirkan jam 12.59 tgh hari tadi...alhamdulillah, semua selamat.” SMS itu saya terima dari ibu.

“Kenapa?” Ain turut sama merasa kepelikan melihat wajah yang tadi macam tak pernah tidur setahun tiba2 bertukar macam nampak keledek bakar.

Handphone berpindah tangan, dengan harapan Ain dapat melerai dan menjelaskan.

“Sape Mikhail?”soalan yang tak sepatutnya saya tanya kepada sahabat yang baru tiga bulan saya kenal. Tapi sungguh,mmg nama tu belum pernah singgah ke tympanic membrane ni...

“Owh...Mikhail ni baru lahir la...mmg la tak pernah jumpa” , Ain cuba membantu, mengembalikan ingatan yang pada mulanya disangkakan hilang!


BUATMU DOA DAN HARAPAN_

(Alif Mikhail bin Mohd Khairul)


Dialah yang membentuk kamu di dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana”
(Ali Imran : 6)

Setelah 9 bulan menanti, maksu saya selamat melahirkan anak keduanya, Alif Mikhail bin Mohd Khairul yang bakal menjadi kuntuman bahagia di halaman bait muslim paksu dan maksu selain anak sulung mereka, Adam Mustaqim. Nampaknya Adam Mustaqim dah berdua..maka lupalah dia pada saya...
Saya di kejauhan turut menumpang gembira, dengan kelahiran seorang demi seorang adik sepupu baru, yang setiap tahun bertambah satu. (tahun depan turn sape plak ye?)


Selamat datang Alif Mikhail, ke dalam keluarga kami...ahlan wa sahlan ila ad-dunia...

Semoga Mikhail akan menjadi permata hati buat paksu dan maksu dan yang paling penting permata buat agama yang dahagakan syabab berjiwa mujahid. Tingginya harapan kami agar Mikhail akan menjadi salah seorang daripada mereka. Semoga perjalanan hidup Mikhail di dunia ini akan sentiasa disulami redha-Nya dan semoga kehidupan akan datang akan lebih-lebih lagi cemerlang.

Dan semoga paksu dan maksu akan mendidik dan mengasuh Adam Mustaqim dan Alif Mikhail sebaik mungkin dalam mengenal Allah dan rasul-Nya. Dan semoga kalian akan menyemai dan menyubur iman buat kedua-dua permata hati tu sebaiknya. Dari jauh saya titipkan doa agar Adam Mustaqim dan Alif Mikhail membesar dalam kesejahteraan iman dan amal, menjadi momentum pembangun Islam, bukan inertia menolak perubahan.

Tahniah juga buat pakteh yang baru dianugerahkan cahaya mata yang ketika, Raziq Farhan. Agak terkilan sebab saya terlupa akan kehadiran Raziq Farhan masa balik bercuti dua bulan lepas. Tercengang melihat seorang bayi lelaki yang dah meniarap, sebab rasanya Raziq Farhan yang saya lihat dalam e-mail masih merah sebab baru beberapa jam dilahirkan. Tapi rupanya itu empat bulan yang lalu....


Sempat pulak tanya “Ni anak sape,nenek?”


Pak teh yang dari jauh memerhati macam tak puas hati terus menjawab.


“Cuba tanya dia...awak anak sape?”, macam marah pun ade jugak bunyinya...huhu...



(macam ni la muka dia pandang saya...mesti dia pelik dari mana datangnya saya ni, tak pernah tengok pun sebelum ni)


Apa pun, didoakan semoga kalian akan membesar dengan kesihatan yang baik di samping kekuatan iman dan keteguhan akidah dalam menghadapi dunia akan datang yang pastinya mencabar!


“mewangi kuntuman bahagia
di halaman ayah serta bonda
menatang selaut cahaya melerai resah dan gundah di jiwa
segunung impian dicipta selangit harapan didamba
dibelai dimanja mesra kaulah racun kau penawar
senyuman dan tangisanmu pengubat duka dan lara
engkau umpama sebutir permata
dipelukan kasih yang bersinar bercahaya
hiasi rumah tangga
engkau harapan seisi keluarga
panjatkan doa dan air mata yang pasrah kepada yang Esa
kepadamu tercurah kasih sayang dan pengorbanan
agar terus gemilang
dididik diasuh tiap masa diajarkan ilmu yang berguna
mengenal Allah dan Rasul
menyemai menyubur iman di dada
dilayur segala kekerasan dilentur dengan kelembutan
dititip seuntai madah
hidupmu mula dan berakhir
menyusun fitrah dan sunnah
menoktah di penghujungnya
tiada yang lebih membahagiakan
melihat dirimu kian membesar dewasa di dalam sejahtera
usah terpesona pujukan dunia
yang hanya menyilau pandangan memukau dengan keindahannya
nasihat ayah bonda
agar engkau lebih bersedia untuk menghadapinya

bersemi kelopak kasih sayang
di persada cinta yang sejati
titisan susu ibunda menyegarkan menghapuskan dahaga
renjisan keringat dari ayahanda menyubur pohon kehidupan
tua yang sebidang tabah
buatmu doa dan harapan
jadilah insan yang mulia pembela di hari tua
waktu bisa merubah segalanya
dewasalah dalam rahmat dah kasih Ilahi redahi pancaroba
andai langkahmu tersasar ke simpangan
pulanglah ke laman ayah bonda
kembali menghuni di tamannya
bersamalah semula menghirup embunan kasih sayang
sedingin air mata bonda
Engkaulah permata ayah bonda”


Tuesday, November 17, 2009

saje nak share_




Sekadar perkongsian dari e-mail yang saya terima minggu lepas...


" Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan kisah ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini...




Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang kesemuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.




Waktu zohor masuk,abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberisalam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.




Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah tersebut menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk mengambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tuaberumur13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di sejadah dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).. Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.




Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,


"Anak-anak...hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ".


Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yangdisampaikan.Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya Fatihah untuk mereka jikaditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...










-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???


-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???


-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???


-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???




Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua."





p/s : rabbana hablana minas soliheen...

Thursday, September 3, 2009

_ seek "serenity" only from HIM_




Muaz bin Jabal R.A terpegun mendengar sabda Baginda Sallahu 'Alihi Wasallam :


"Tidak sesekali ahli syurga akan merasa kesal melainkan (tatkala mereka teringat) pada saat2 dalam kehidupan dunia mereka yang berlalu tanpa berzikir kepada Allah!"


Ya...hari ini Rasululah bercerita perihal ahli jannah kepada sahabat2 baginda yang hadir. Khabar gembira dan ganjaran penuh makna buat yang yakin pada janji-Nya.


Aishah R.H.A dan Abu Hurairah R.A juga terkesan sama dengan perkhabaran ini.


Daripada apa yang saya faham...betapa besarnya fadilat zikrullah sehinggakan ahli2 syurga yang sudah bersenang-lenang di dalam syurga tanpa perlu merasa takut dan bimbang tentang azab Allah kerana mereka sudah tentulah terselamat daripadanya, tetapi masih tetap merasa sangat2 rugi tatakala memikirkan ada antara saat2 dalam hari mereka, di mana mereka lalai daripada mengingati Allah.


Jauhnya jika hendak dibandingkan dengan diri kita...


~ zikrullah pencetus ketenangan ~


Allah adalah pemilik ketenangan dan hanya dialah satu2nya pemilik ketenangan...tetapi Maha Pemurahnya Allah sehingga ketenangan itu dipinjamkan kepada kita...kepada yang berusaha bersungguh2 mencarinya. Bukankah Allah telah berjanji...


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. " (ar-Ra'ad : 28)


Allah dah janji kat kita...kalau banyak2 igt Allah...insya-Allah, allah akan bagi ketenangan yang memang kita perlu sangat2. Janji allah itu pasti...yang penting sekarang kita berusaha dan terus mengejar hasanah yang telah Allah janjikan supaya kita tidak merasa kesal di kemudian hari...na'uzubillah.



Kalau kita rasa kita boleh dapat ketenangan daripada yang lain selain Allah (daripada ibu ayah, adik-beradik atau sahabat2 ke contohnya...) kita kene ingat yang sebenarnya itulah tanda Allah sayangkan kita dan pinjamkan kat kita sedikit ketenangan dari-Nya melalui perantaraan makhluk. Apa yang kita perlu buat adalah sayangilah insan2 yang telah memberikan kita ketenangan itu sebelum Allah ambil dia semula...dan jika allah dah ambil pun, ketahuilah bahawa Dia-lah pemilik ketenangan yang mutlak, maka kembalilah kepada-Nya untuk ketenangan yang hakiki. Waallahu a'lam.


p/s : Tazkirah ni saya dapat beberapa hari lepas...saje nak kongsi dan semoga memberi manfaat kepada semua lebih2 lagi buat yang menulis ni. :-) Sempat sebut satu je kelebihan zikrullah...insya-Allah, akan sambung lain kali ;-)

Wednesday, September 2, 2009

_ pertama dan selamanya _

"Ok long...settle!"

Saya yang dari tadi dok memerhati dan sesekali memberi arahan tersenyum simpul setelah puas membuli...hati ni dah berbunga mekar kalah bunga rafflesia dah (maksud saya dari segi saiz la ya...bukan bau!)...tak sangka akhirnya dah ade blog!

Ini lah jawapan kepada yang kerap bertanya...juga buat diri yang penat menjawab...maka terhasillah...

Ade jugak terfikir ape yang nak ditulis ni...tapi tu lah kan, kalau ikut bakat yang tenggelam ni sampai bila2 la tak menulis...tapi sekurang2nya bila sudah mula menulis (walaupun entri yang dihasilkan mungkin macam pelik...al-maklum la baru nak bertatih) ade la yang boleh menegur dan membantu memperbaiki kekurangan. Dan itu lah harapan saya...

Juga harapan adik saya supaya entri2 yang ditulis memberi manfaat...sesuai dengan firman Allah,

''Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan
itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman'' (adz-Dzaariat : 55)

p/s: semoga yang menulis lebih terkesan daripada yang membaca :-)