Sunday, January 10, 2010

_BAKAL DIUJI LAGI_

(timbunan buku yang perlu dikhatamkan)



“Mood Sakinah baik tak sekarang?’’ soalan itu singgah ke ruang khayalan...memecah keheningan pagi sewaktu saya sedang khusyuk menikmati sarapan. (Niat di hati nak makan “express” sikit pagi tu sebab dah terlewat ke kuliah :D)


“Erm...baik kot kak...macam dah dapat agak je nak kene buat apa ni..." saya menjawab sambil mengalih pinggan, bersedia menoleh ke arah ahli bait yang sangat-sangat saya hormati kerana kesungguhan dan ketinggian ilmunya.


Dia tersenyum...sambil bersiap memulakan “syarahan”nya pagi itu...


Hari ni tajuknya ‘kad kredit’ bagi madah “Qadhaya Mu’asarah.” Setakat yang saya tahu, madah ni antara madah killer bagi pelajar syariah (kira macam subjek Anatomy la untuk budak medic). madah ni membincangkan tentang isu-isu semasa dan permasalahan yang timbul...jadi sudah tentulah banyak pendapat-pendapat ulama’ dan hukum-hakam yang perlu dihafal dan dihadam. Tahun dua ni perbincangan mereka berkisar sekitar mu’amalah, antaranya kad kredit, sewa yang diakhiri dengan pemilikan dan sebagainya. Kagum sungguh dengan semangat mereka dalam usaha memastikan penguasaan yang menyeluruh sebelum imtihan yang bakal tiba, lebih-lebih lagi dalam usaha mempersiapkan diri untuk berdepan dengan komuniti Malaysia kelak.
Kiranya sempatlah saya berangan menjadi “pseudo”Azhari sekejap dengan mendengar muhadarah Qadhaya,...sebelum memulakan rutin harian sebagai pelajar perubatan. (cuma bezanya muhadarah ni dalam bahasa melayu...best2!! :-D)


Fatrah imtihan ni memang senang nak jumpa majlis-majlis ilmu. Ada je discussion kat ruang tamu, “study group” kat bilik-bilik dan teknik menjawab soalan hatta di dapur (sambil memasak!). So, bagi yang tak berkenaan macam saya ni dengar je la dan kalau ade soalan boleh la diajukan kepada pihak penceramah. (maka peninglah kepala penceramah tu sekejap sebab soalan semua lari tajuk). Jadi tak perlu pergi jauh-jauh, kat rumah sendiri pun boleh dapat ilmu yang tak dapat di kuliah (bagi pelajar perubatan). Di samping mendengar dan bertanya, dapat jugak kongsi apa-apa yang kita dapat di kuliah dengan sahabat-sahabat dan ahli bait yang lain...tu pun kalau ade yang nak dengar! Maka berlakulah perkongsian intelektual di situ...secara tidak langsung.


Itulah situasinya sekarang, rata-rata dilanda penyakit “acute” yang kerap menyerang pada bulan Januari dan Jun, iaitu...EXAMINITIS!!


Masing-masing sibuk membedah kitab tak kira tempat...tidak kurang yang sedang menghadam cerna. Inilah antara simptom-simptomnya, akibat ransangan sympathetic.
Jika anda sedang belajar di Mesir tetapi tidak dijangkiti, segeralah ke hospital yang berdekatan...kerana sungguh, anda dalam bahaya. ;-p


Penyakit ini banyak membawa kebaikan walaupun tetap ada keburukan. Penyakit ini membuatkan kan berada dalam keadaan sympathetic, yang akan menyebabkan pupillary dilation yang dipanggil mydriasis...jadi lebih banyak cahaya boleh masuk ke cornea untuk proses pembacaan yang optimum walaupun objek yang dibaca pada jarak yang jauh.(harap betulkan jika tersalah)
Jadi sudah tentulah ini akan memudahkan proses pembacaan, bukan? Sekarang yang tinggal hanyalah bertawakkal setelah kita berusaha membaca, memahami dan menghafal. Walau bagaimanapun, belajar semata-mata kerana imtihan bukanlah satu tabiat yang baik dan sesungguhnya imtihan adalah salah satu alasan paling tak logik untuk memaksa kita study, jika kita benar-benar tahu tujuan kita menuntut ilmu.



REALITI IMTIHAN_


Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak DIUJI?
( al-‘Ankabuut : 2 )

Menghadapi ujian-ujian dan peperiksaan di kuliah sudah cukup membuat kita benar-benar merasa tertekan, sedangkan ini baru di peringkat university, 1st degree je pulak tu, separuh kaki pun belum lagi menjengah ke alam reality entity Malaysia akhir zaman...yang semakin dilanda ketempangan iman dan akhlak. Jadi sewajarnya ujian-ujian dan imtihan di kuliah menjadi pusat latihan bagi membantu kita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sebanyak-banyaknya agar mampu menjadi produk keluaran Mesir yang akan mampu mengislah diri sendiri selain membawa arus perubahan dalam masyarakat.

Ujian dan peperiksaan adalah sebahagian kayu pengukur terhadap sejauh mana penguasaan kita terhadap apa-apa yang telah kita pelajari. Dalam reality kehidupan sendiri, kita akan ditimpakan cubaan untuk menentukan setinggi mana iman dan sabar kita dalam menghadapinya.

Ujian dan peperiksaan di kuliah hanyalah gambaran kepada realiti yang lebih besar yang menunggu kita di luar sana. Jadi jangan sempitkan pemikiran hanya untuk score dalam imtihan di kuliah tanpa benar-benar bersedia daripada sudut pengaplikasian atau praktikal.



IMTIHAN VS KEMATIAN_

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau dipercepatkan walaupun sesaat”
(al-A’raf : 34)

Teringat saya suatu ketika dahulu, semasa masih serumah dengan seorang senior yang sangat saya kagumi kerana kekuatan mental beliau. Saya singgah ke bilik beliau untuk mereleasekan tekanan akibat baca buku last minute. Takutnya hanya Allah je yang tahu...(sila jangan tiru aksi ini di rumah :D) Saya mengadu kepada beliau tentang perasaan takut yang semakin membuak-buak menjelang tarikh imtihan.


Saya : Kak, takut la...macam nama nak buat ya?

Kak Najwa : Kenapa takut? Sebab rasa tak bersedia? Macam tu?

Saya : Ha ah...banyak lagi tak hafal...:((

Kak Najwa : (Terdiam...menyusun kata-kata mungkin)
Kinah, kan bagus kalau rasa takut yang Kinah rasa tu sama macam rasa takut nak hadapi mati...betul tak?

Saya : (:?) Mati? (loading...)

Kak Najwa : Kita tahu tak bila kita akan mati? Tak, kan? Tapi kita tetap kena sentiasa bersedia untuk mati bila-bila masa pun walaupun persediaan kita tu takkan pernah cukup nak masuk syurga melainkan dengan rahmat Allah je. Seseram-seram rasa nak exam tu...akak rasa seram lagi rasa nak mati...sebab kita tak tahu bila kita akan mati, no exact time, no informed date. Tapi Kinah tahu yang Kinah akan exam lusa kan...jadi bila dah tahu tu sepatutnya takde la takut sangat. Sempat lagi nak usaha...lepas dah usaha betul-betul kita tawakkal sama-sama.  Rasa takut tu perlu dan membantu. Cuma kena kawal sikit je. :) Yang penting betulkan niat belajar tu...jgn study sebab exam.


Saya hanya mampu tersenyum. Tapi kata-kata kak Najwa itu tepat masuk ke hati. Terngiang-ngiang sampai sekarang...


Belajarlah kerana Allah, bermunaqasyahlah kerana-Nya, dan hadirilah majlis-majlis ilmu dengan pengharapan kepada redha-Nya...kerana Dialah matlamat kita hidup di dunia ini.


Katakanlah (Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya ; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri.”
( al-An’am : 162-163 )



(Inspirasi terhebat!)


p/s : Bittaufiq wan najah :)

5 comments:

ahmdad fuad said...

Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar kami dapat mengesahkan ( benar atau tidak ) berita mengenai kamu " Surah Muhammad ayat 31 .
Salam imtihan..Taufiq InsyaALLAH

dealova said...

sakinah..
gud luck exam...
marilah kite bersama2 mengexamkan diri..=)

Anonymous said...

Oh examanitis. Sesuaikah ia di 'itis'kan?

Teringat bab-bab itis ni, teringatlah istilah-istilah yang dingada-ngadakan untuk dihafal sehingga hari ini. Arthritis, bronchitis, conjunctivitis, hepatitis, sebhorreic dermatitis (Tak pasti ejaan) dan sebagainya.. Termasuklah juga yang complex, dislocation, dsb..

Bukankah anatomi yang paling menarik sekali untuk dihafal? Lagi best nanti, kemahiran anatomi inilah yang menentukan kemahiran diagnosis kalian. Silap-silap, ada peforation sebab silap diagnose.

Err, menarik tentang mydriasis tu. Tentang pembacaan ni kan, cuba kalau kalian relate kan receptor dalam mata apabila membaca tu. Saya tak pasti kalau kalian belajar tentang mata tu sedalam mana, tetapi kalau relate dengan optic nerve dan rangsangan otak, mesti jadi lebih menarik. Er, entah faham entah tidak. Ulasannya :

Biasanya otak kita membaca tahap optimum, menghafal dan sebagainya. Tetapi ramai yang tak sedar betapa minimumnya kita menggunakan potensi mata dan otak untuk menghafalkan. Pernah dengar tentang photographic memory?

Mengasah membaca dari pergerakan mata satu perkataan kepada membaca per muka surat. Pakar menyebutnya sebagai photoreading. Tahap kelajuan membaca yang tinggi. Itu bukan pada yang gifted sahaja. Sebenarnya orang biasa juga boleh buat, dengan berlatih.

Alangkah menariknya kalian belajar tentang psikologi lebih mendalam.

Ops, lupa, kemungkinan yang diatas ini terdedah kepada kesilapan yang agak besar. Maklumlah, saya budak baru belajar, bukan dari lapangan ini~

sakinahshapeni said...

photoreading...menarik.
Dr Magda pun suggest cara yg sama untuk study... :D
yup,anat mmg paling best, paling penting yet the most difficult subjek. kalau dapat hadam betul2 anat ni, insya-Allah yg lain2 akan follow ;)

syukran atas comment.

Anonymous said...

gmbr mak ayah same je dari dlu.tkar2.letak gmbr baru.hehe